KUCHING: Rakyat Malaysia yang ingin melakukan aktiviti pelancongan digalakkan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri.
Kerajaan telah mengumumkan aktiviti rentas negeri tanpa memohon kebenaran polis bermula 11 Okt lepas dengan syarat telah lengkap menerima dua dos vaksinasi.
Beliau berkata sekiranya bergejala, adalah seeloknya ditangguhkan dahulu perjalanan kerana tindakan ini tidak dapat membantu kerajaan untuk memutuskan rantaian serta mengawal penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.
"Seronok-seronok juga, tetapi perlu diingatkan bahawa kehidupan kita hari ini tidak lagi seperti dahulu kerana COVID-19 masih berada dalam persekitaran kita," katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Bantuan Kewangan kepada Penggiat Industri Pelancongan di sini.
Nancy berkata beliau yakin dengan pembukaan rentas negeri ini sektor pelancongan, seni dan budaya, akan pulih dan seterusnya dapat membina kembali kekuatan ekonomi negara.
"MOTAC juga akan terus memastikan kempen promosi yang lebih agresif dan strategik dilaksanakan, bagi merancakkan kembali sektor pelancongan negara," kata Nancy.
Pada majlis itu, 10 Pemandu Pelancong, 10 Pengusaha Pelancongan, empat individu bagi Program Malaysia My Second Home serta empat individu pengusaha inap desa berdaftar di bawah MOTAC menerima bantuan kewangan berjumlah RM 500 hingga RM3,000.
Tambahnya, bantuan dan insentif ini diagihkan kepada penggiat industri pelancongan di negara ini sejak awal pandemik COVID-19 secara berperingkat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021
Nancy berkata beliau yakin dengan pembukaan rentas negeri ini sektor pelancongan, seni dan budaya, akan pulih dan seterusnya dapat membina kembali kekuatan ekonomi negara. - Gambar fail/BERNAMA
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Pelancong asing ke Sabah tidak perlu jalani ujian COVID-19 prakemasukan
Jemaah Menteri Sabah semalam membuat keputusan itu bagi menyeragamkan sepenuhnya prosedur kemasukan pelancong asing ke Sabah.
Suami isteri dakwa tanggung rugi akibat kesilapan tarikh sampel ujian COVID-19
Laporan polis juga telah dibuat oleh pasangan berkenaan di Balai Polis Petaling pada 3 Februari yang lalu.
Jalani ujian COVID-19 sebelum lakukan aktiviti pelancongan - Nancy
Rakyat Malaysia yang ingin melakukan aktiviti pelancongan digalakkan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan.
Semua ADUN dan petugas wajib jalani ujian saringan sebelum sidang DUN Sabah
Semua wakil rakyat dan petugas perlu melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 sebelum menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Selasa ini.
Lebih 300 pelajar, guru, SK Pekan 1 Labuan, jalani ujian COVID-19
Lebih 300 pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 1 di Labuan menjalani ujian COVID-19 di kantin sekolah itu, apabila seorang pelajar sekolah itu telah diuji positif beberapa hari lepas.
COVID-19: Masuk ke Sarawak dari Sabah perlu jalani ujian saringan
Berkuatkuasa mulai Isnin, 21 September 2020, semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang ingin memasuki Sarawak dari atau melalui Sabah perlu membuat ujian saringan COVID-19.
UK umum ujian baharu COVID-19, mampu beri keputusan dalam 20 minit
UK telah memperluas percubaan ke atas dua ujian COVID-19 yang baharu iaitu ujian air liur yang tidak membabitkan swab dan ujian yang boleh menghasilkan keputusan dalam beberapa minit.
COVID-19: Bolt tunggu pengesahan, kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga
Bolt, diberi kejutan sambutan hari jadi yang ke-34 minggu lalu, dengan video dan gambar acara itu di media sosial menunjukkan mereka mengamalkan penjarakan sosial serta memakai pelitup muka.
Singapura singkat tempoh notis SHN kepada seminggu
Langkah tersebut akan berkuat kuasa jam 12 tengah malam, 1 Sept ini, untuk semua pengunjung yang masuk atau keluar dari Singapura.
COVID-19: 61,500 kes baharu di India dalam tempoh 24 jam
Agensi Xinhua melaporkan ia adalah hari kesembilan berturut-turut apabila kes harian baharu mencatat lebih daripada 50,000 kes.